sembelihan

Definisi Sembelihan

Dari segi bahasa bermaksud potong atau belah atau melukakan bahagian tertentu pada binatang oleh orang tertentu dengan alat tertentu bermaksud menyembelih binatang tersebut.

Dari segi syarak bermaksud menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang tersebut. Ini disandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher” (Riwayat Ibn Abbas)

Hukum Sembelihan

Hukumnya adalah wajib bagi binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan. Bagi binatang yang tidak dapat dikuasai adalah diharuskan melukakan pada mana-mana bahagian tubuhnya sahaja dengan maksud menyembelih. Ini berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah al-maidah ayat 3.

Hikmah Sembelihan

• Penyembelihan yang dilakukan mengikut hukum syarak dapat memelihara akidah seseorang.
• Membezakan penyembelihan mengikut hukum syarak dengan sebaliknya
• Membezakan antara daging halal dengan haram untuk dimakan.
• Melepaskan nyawa binatang secara mudah tanpa menyakiti dan menyeksa.
• Melahirkan rasa ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang mulia untuk dijadikan pengajaran kepada manusia.
• Dikhususkan sembelihan pada leher kerana ianya lebih hampir dengan tempat keluarnya roh.

Rukun Sembelihan

• Orang menyembelih
• Binatang sembelihan
• Alat menyembelih
• Bahagian / tempat disembelih

Syarat Sah Sembelihan


1. Penyembelih
Orang Islam (lelaki dan perempuan) atau ahli kitab sama ada Yahudi dan Nasrani.
2. Niat atau Qasad
Mesti melakukan sembihan hanya kerana Allah S.W.T
3. Berakal walaupun terpaksa
Berakal bukan gila atau mabuk atau budak belum mumaiyiz
4. Memutuskan urat-urat tertentu
Memutuskan urat halkum, urat mari’ dan dua saluran urat darah
5. Alat sembelihan
Setiap benda yang boleh memotong kecuali kuku, tulang dan gigi. Kebiasaannya menggunakan pisau.
6. Binatang sembelihan
Hendaklah binatang yang dapat dikuasai dan halal dimakan

Sunat Sembelihan

1. Sunat mengasah pisau supaya cukup tajam
2. Menyembelih pada waktu siang
3. Mengadap kiblat
4. Untuk binatang yang leher panjang sunat dipotong pada pangkal lehernya
5. Menyebut nama Allah
6. Membaringkan binatang di atas rusuk kirinya dan kepalanya diangkat sedikit

Perkara Makruh Dalam Sembelihan

1. Mengasah pisau di hadapan binatang yang akan disembelih
2. Menyeret binatang ke tempat sembelihan hingga meyakiti binatang yang hendak disembelih
3. Menyembelih di hadapan binatang yang lain
4. Menyembelih dari belakang tengkuk
5. Memotong leher hingga sampai ke saraf tunjang
6. Memutuskan kepala binatang
7. Mematahkan leher binatang
8. Mencampakkan binatang yang telah disembelih
9. Melapah atau memotong binatang sebelum sejuk

Pengalaman dan petua

1. Inginkan daging rasa manis,tidak keras,tidak lemak dan yang pastinya sedap dimakan
amalkan petua ini iaitu :-
a) kedudukan kekuda jangan terlampau tinggi atau terlampau rendah
b) pastikan jari manis diluruskan semasa memegang pisau
c) habiskan sembelihan kearah hadapan dan sapukan darah dipisau dileher binatang yang
disembelih
d) pacakkan pisau ketanah selepas selesai semuanya dan suruh orang lain ambil pisau
tersebut dan beri pada kita.
e) untuk kurang bau untuk kambing penyembelih perlulah mandi dan memakai bau bauan
dan memakai pakaian yang baru dibasuh, amalkan petua di atas dan selepas sembelih
tidak perlu melapah dan sebagainya ( hanya sembelih sahaja )
f) Yang paling penting gunakan pisau yang tajam yang di tempah khusus menggunakan
besi yang terpilih.

0 ulasan:

Catat Ulasan