KULIAH 2


BERDOALAH…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salawat serta salam kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya serta para sahabatnya sekalian.

Amma Ba’du…

Berdoa adalah tali penyambung antara seorang hamba dengan Allah Subhanahuwa Taa’la samada dalam keadaan susah ataupun senang.Jika berada dalam keadaan susah,

perasaan gundah gulana dengan pelbagai musibah janganlah lupa berdoa kepada Allah selain berusaha dan berakhtiar.

Allah Subhanahuwa Taala berfirman dalam surah Al Baqarah:186 yang bermaksud Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Nabi Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Apabila kita meminta sesuatu daripada seseorang, kita mengetuk pintu rumahnya berkali-kali dan berjumpanya berulang kali semata-mata ingin memohon pertolongannya pastinya kita dimarahinya malah dimaki hamunnya kita tetapi kalau kita meminta dan berdoa kepada Allah selalu Pastinya Allah mengasihi kita kerana kita berlindung dengan Allah.

Di antara etika berdoa, iaitu bersungguh sungguh dalam berdoa dengan hati yang ikhlas tetapi jika doa itu tidak dikabulkan Allah janganlah kita mengatakan “ Saya sudah banyak kali berdoa, tetapi tidak dikabulkannya”.Rasulullah bersabda yang bermaksud : Doa seseorang diantaramu akan dikabulkan selagi dia tidak tergesa-gesa…

Kita juga tidak dibenarkan berlebih-lebihan dalam berdoa atau berdoa memusnahkan kehidupan seseorang akan tetapi mintalah kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam Syurga dan berlindunglah kepada Allah daripada api neraka.Oleh itu jadikan doa sebagai amalan seharian kerana doa adalah sebahagian daripada ibadah.Berdoalah diwaktu dan tempat yang mustajab iaitu pada setiap kali selesai solat, berdoa di antara azan dan iqamah, waktu asar pada hari Jumaat, Pada hari Arafah dan sebagainya.

0 ulasan:

Catat Ulasan