Motivasi

PENGUCAPAN AWAM

Pengenalan

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap-gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap. Justeru itu kita dapati pengacara,juruhebah,pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dngan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.

KEMAHIRAN MENYUARAKAN SUATU PENDAPAT SAMA PENTING DENGAN PENDAPAT YANG HENDAK DISUARAKAN.

Bernard Baruch



JENIS UCAPAN BERPENGARUH

1.Ucapan mengukuhkan sikap dan kepercayaan hadirin

- syarahan berbentuk ceramah agama dan kempen politik

- tujuan untuk kekalkan sikap dan kepercayaan bagi menolak sebarang godaan atau pujukan

- kaedah yang baik ialah ucapan itu berbentuk mencari masalah dan penyelesaian

2. Ucapan untuk mengubah sikap dan kepercayaan

- mengajak supaya audien berubah adalah cukup payah

- Suatu keadaan persediaan cukup rapi diperlukan dan teknik masalah-penyelesaian boleh digunakan

3. Ucapan mendorong ambil tindakan

- dikenali juga sebagai ucapan motivasi

- suatu ucapan yang mahu audien melakukan apa yang kita mahu

PERSEDIAAN BERUCAP

Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan rakyat dewasanya ketakutan nombor satu ialah berucap di depan khalayak ramai.

TAKUT BERUCAP IALAH PERKARA NORMAL DAN BIASA KALAU TIDAK TAKUT BANYAK, ADA YANG SEDERHANA DAN SEDIKIT DAN HANYA KITA YANG TAHU TENTANG KETAKUTAN ITU.

KAEDAH KAWAL GEJALA FOBIA MIKROFON

1.BERSEDIA DAN BERLATIH SECUKUPNYA

- sediakan bahan mencukupi dan sebaiknya hafal bahagian penting ucapan kita itu

- berlatih buat ucapan dimulut bukan di kepala

2. CARI PENGALAMAN

- cari pengalaman berucap di mana saja dan di depan siapa saja untuk dapatkan rasa keyakinan

- dengan pengalaman semakin lama semakin berani kita berada di depan

3. BAYANGKAN YANG BENAR

- BAYANGKAN HARAPAN AUDIEN TIDAKLAH TERLALU TINGGI KEPADA KITA

- Audien boleh menerima kekurangan kita kerna mereka tahu kita bukan pemidato nombor satu

4. BERGERAK GERAK DAN TARIK NAFAS

- Kajian menunjukkan rasa takut menurun bila kita bergerak-gerak semaa berucap sama ada guna

alat bantuan seperti papan tulis, ohp.

- Tarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke mikrofon

- Kalau masih gemuruh ketika berucap tarik nafas panjang sebelum sambung ayat seterusnya

5. PETUA AGAMA

-GUNAKAN AYAT-AYAT TERTENTU ATAU DOA YANG BOLEH DAMALKAN BAGI MENGURANGKAN

RASA GEMURUH/BACA BISMILLAH/SELAWAT

TIPS SEBELUM BERUCAP DAN BERADA DI DEPAN MIKROFON

6.1 TUNJUKKAN MINAT DAN RASA SERONOK HADIR DALAM MAJLIS ITU

6.2 JANGAN DUDUK DALAM KEADAAN RESAH GELISAH DAN TUNJUKKAN MUKA

LETIH,TERGESA-GESA ATAU TIDAK TENANG

6.3 SEMASA BANGUN DAN BERJALAN MENUJU MIKROFON HENDAKLAH BERJALAN DENGAN

BADAN TEGAK, BERGAYA DAN BERTENAGA

6.4 BERDIRI SEBENTAR DI DEPAN MIKROFON JANGAN TERUS BERCAKAP.

PANDANG WAJAH-WAJAH AUDIEN SEKETIKA KEMUDIAN BARU MULA BERCAKAP.

6.5 SELEPAS AKHIRI UCAPAN JANGAN TERUS TINGGALKAN MIKROFON

DAN BALIK KE TEMPAT DUDUK PANDANG WAJAH HADIRIN

DAN TUNGGU SAMPAI MEREKA BERHENTI BERTEPUK BARU

BALIK KE TEMPAT DUDUK

6.6 UCAPKAN TERIMA KASIH DAN TUNDUK SEDIKIT KEPALA ANDA

UCAPAN BERKESAN

1. Memilih topik dan tujuan ucapan

- topik yang menarik adalah topik yang menarik kepada kita dan audien kita

- topik yang mengukuhkan sikap dan kepercayaan mereka

- paling kurang topik yang natural

- pastikan tujuan ucapan dibuat

- beri maklumat,penjelasan betulkan salah faham bagaimana sesuatu itu berlaku

- gunakan lakaran tertentu,definasi,bukti dan dalili

- tujuan biar spesifik, tepat tidak terlalu am

2. Analisis hadirin

- kita kenal siapa audien kita

- perkara mereka sudah tahu dan apa perkara yang mereka ingin tahu lebih lagi

- kumpulan usia mereka, sikap dan kepercayaan,pekerjaan mereka dsb

3. Kajian tentang topik

- buat kajian tentang topik yang dipilih

- baca buku-buku berkaitan

- berunding dengan orang yang pakar dalam bidang kajian topik

4. Rumuskan tema topik

- fahami tema yang mahu disampaikan sama ada berbentuk penerangan atau pengaruh dan item yang diperlukan dalam ucapan

5. Sokongan pada tema/topik

- memberi huraian,definisi,ilustrasi,

- gunakan data,fakta,statistik.peta,rajah dan sesuatu yang memperkemaskan lagi hujah kita

6. Susunan Bahan Ucapan

- gunakan kaedah susunan masalah-penyelesaian

1. Awal ucapan

o terangkan masalah yang ada

o jenis masalah yang kronik

2. Bahagian kedua ucapan

o menerangkan kaedah penyelesaian/cara jalan penyelesaian yang terbaik

7. Pemilihan Diksi/perkataan

- pilih perkataan yang hadirin biasa gunakan dan tahu maksudnya

- elakkan guna perkataan kita saja yang tahu/jelaskan balik kata yang sukar

- gunakan kata-kata konkrit bukannya abstrak

- gunakan gaya bahasa seharian yang mudah difahami

8. Reka penutup dan pembuka ucapan

- bina ucapan penutup dahulu

- penutup penting kerana audien tahu boleh tahu siapa kita

- fungsi penutup ialah ringkaskan tujuan dan isi ucapan

- akhiri ucapan dengan menarik

- pembukaan ucapan dibuat akhir sekali selepas susun isi dan penutup

- pembukaan ada dua fungsi iaitu untuk tarik minat dan perhatian audien

- kedua beri gambaran apa yang bakal mereka dengar dalam ucapan kita

PANTANG LARANG BERUCAP

1. Minta Maaf

- elakkan daripada mendedahkan kelemahan diri atau kekurangan diri kerana audien boleh melihatnya sendiri

- JANGAN SESEKALI BERKATA “ SAYA SEBENARNYA TIDAK PANDAI BERUCAP ”

2. Memberi Janji Kosong

- jangan berjanji sesuatu yang kita tidak mampu lakukan kerana menjejaskan kredibiliti kita sendiri

- jangan berjanji melainkan kita yakin mampu lakukan

3. Membuat Gimik

- elakkan gimik yang tidak ada kena mengena dengan topik ucapan kita dengan niat perdaya hadirin berminat dengan kita

4. Pendahuluan

- jangan buat pendahuluan sebelum ucapan

- contohnya : “saya harap tuan-tuan akan sabar mendengar ceramah saya sampai akhir”

5. Penutup yang lemah

- meminta apologi daripada audien kerana audien lebih maklum kekurangan kita dan sudah sedia maafkan kekurangan itu

- jangan sebut perkara baru atau maklumat baru

- gunakan penutup sebagai ringkasan dan ulang isi kandungan secara ringkas

- elakkan penutup yang panjang biar ringkas dan menarik

BAHASA UCAPAN

Berucap ialah bercakap bukan membaca jadi gunakan bahasa bercakap walaupun ucapan itu dibaca. Oleh itu teks ucapan hendaklah ditulis dalam gaya bahasa bercakap

1. ciri-ciri bahasa bercakap

- ayatnya lebih pendek- pendek

- perkataannya juga pendek-pendek

- tidak banyak gunakan penambahan pen..an, per...an, dan ke...an.

- gunakan banyak penambahan ber, me dan kan

- banyak gunakan perkataan sendi seperti walaupun begitu, barangkali, mungkin, sebaliknya

2. bahasa kuat daya pengaruh

- gunakan istilah tepat seperti mahkluk(umum)

kucing siam(tepat)

- istilah tepat senang digambarkan seperti berpendapatan tinggi(umum)

- bergaji besar RM6000(tepat)

3. elakkan istilah yang tidak faham

- seperti syumul,luwes, fokus bergantung kepada audien kita

4. Jangan gunakan huruf singkat seperti SSB, SSM, IPT dan sebagainya

5. Jangan guna perkataan yang kotor – jaga maruah penceramah elak cerca orang lain dengan bahasa kotor

6. Gunakan frasa penyambung untuk beralih dari satu idea kepada idea yang lain

- sekarang kita lihat pula bagaimana.....

- seterusnya kita akan.......

7. Gunakan perulangan

- tadi kita telah sebut bahawa...

8. Ringkaskan perkara utama yang telah kita sebut untuk audien ingat balik

0 ulasan:

Catat Ulasan