Akibat Lidah
Rasulullah S.A.W bersabda : Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata dengan perkataan yang baik ataupun berdiam diri.
Iaitu berkata yang baik agar tidak menimbulkan kemarahan orang lain. Lidah mempunyai pengaruh yang besar kepada manusia, walaupun lidak bertulang dan kecil bentuknya namun bahayanya amat besar jika tidak dipelihara dengan baik. Imam Al Ghazali berkata dalam Ihya’ Ulumuddin ; jld 3, ms 105 : Ketahuilah oleh mu, bahawasanya lidah itu amat besar pengaruhnya, tiada seorang yang terselamat daripadanya melainkan mendiamkan diri. Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : Orang yang berdiam diri terselamat
Maksudnya : Berdiam diri mengandungi berbagai hikmat, tetapi sedikit sekali orang yang mampu melakukannya.Imam Syafi’I menyatakan ; fathu mubin :ms 151 menyatakan sebelum mengeluarkan kata-kata perlulah memikirkan dahulu apakah perkara yang hendak diperkatakan itu, jika perkara itu membawa kebaikan dan tidak membawa kepada keburukan maka tidak dilarang untuk dinyatakan dengan perkataan.Memang tepatlah sekali apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’I itu kerana setiap hari pertuturan kita ada baik dan buruknya. Sebaik baiknya kita memelihara lidah dari perkara yang buruk seperti mencaci orang, menfitnah dan sebagainya.Orang yang sentiasa menghitung setiap tutur katanya setiap hari , tentu tidak akan membuat pengucapan yang boleh memecahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah…ingatlah api neraka amat panas menanti membakar kita! Oleh itu lebih baik berdiam diri, sebab sesiapa yang banyak bicara tentu banyak salahnya.
Luqman al Hakim pernah menasihatkan puteranya : Kalau engkau beranggapan pertuturan itu boleh disamakan dengan perak, ketahuilah bahawa diam itu pula sama seperti emas.Memelihara lidah ialah mengurangkan bertutur perkara yang tidak perlu kerana dikhuatiri terjerumus ke dalam perkara yang salah disisi Agama Islam.
Kesimpulannya, memelihara lidah ialah berkata hanya perkara yang baik sahaja namun jika perlu berkaitan syiar agama perlulah dinyatakan dengan penuh hikmah, sebagaimana perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam dengan menerapkan akidah Islam melalui wahyu Allah yang begitu berkesan yang boleh mencairkan hati yang keras. Saidina Umar Al Khattab antara kisah yang boleh dijadikan rujukan.
0 ulasan:
Catat Ulasan